Tuesday, October 21, 2014

KPMJ HOLDINGS SDN BHD

PENUBUHAN ASAL

KPMJ Holdings Sdn Bhd pada asal penubuhannya adalah syarikat subsidiari milik penuh Kayu Utama Sdn Bhd (KUSB) yang dimiliki sepenuhnya oleh KPMNJ. Pada tahun 1992, KPMJ (H) menjadi subsidiari milik penuh KPMNJ secara terus melalui penstrukturan semula.

AKTIVITI PERNIAGAAN

KPMJ(H) memulakan operasi perniagaannya mulai tahun 1988 dengan bergiat sebagai syarikat pegangan dan pengurusan pelaburan/saham, pusat peranginan dari tahun 1990 sehingga tahun 1995 dan juga penyewaan bangunan.

Aktiviti terawal yang lain adalah pelaburan dalam subsidiari - Higlo Rubber Products Sdn Bhd pada tahun 1988, Sekamat Utama Sdn Bhd pada tahun 1991 dan mengendali pusat peranginan yang dikenali sebagai Tinggi Islan Resort (TIR) pada tahun 1989.

KPMJ (H) juga memiliki sebuah kondominium di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur yang dibeli pada tahun 1991. Dari segi pengurusan pelaburan pula, KPMNJ pada tahun 2004 memberi kepercayaan kepada KPMNJ(H) menguruskan pelaburan miliknya. Sebagai imbalannya, KPMJ (H) mendapat yuran pengurusan pada kadar 1.75% daripada nilai semasa pelaburan pada setiap akhir bulan. KPMJ (H) juga mengurus Simpanan Khas Anggota untuk bayaran dividen yang tidak diambil oleh anggota dengan imbalan yuran pengurusannya 1.5% daripada Nilai Ketara Bersih dana.

MASA HADAPAN

Menggunakan aktiviti pelaburan sebagai tunjang, KPMJ(H) akan terus mengukuhkan asas untuk mengembangkan dana yang diuruskan hasil daripada peningkatan nilai modal dan pulangan pelaburan yang kompetetif.

Dengan rekod prestasi pelaburan yang terus diperbaiki dan dizahirkan oleh keuntungan yang berterusan, KPMJ (H) berpotensi untuk menjadikan pelaburan sebagai salah sati aktiviti yang relevan dalam memberi sumbangan utama kepada prestasi KPMNJ secara keseluruhan.

PELABURAN - INSTRUMEN PENTING PENGEMBANGAN KPMNJ

Pelaburan merupakan instrumen terpenting pengembangan ekonomi KPMNJ. Sepanjang tempoh 45 tahun yang lalu, KPMNJ bergiat dalam pelaburan-pelaburan saham siar harga, saham tak siar harga saham atau tabung amanah, berkaitan emas, pelaburan dalam syarikat subsidiari dan yang bersifat jangka pendek.

Seawal tahun1967, KPMNJ mula bergiat dalam saham-saham tersiar seperti dalam Malayawata Steel Berhad, saham tak siar harga dan saham koperasi dalam Syarikat Bank Kerjasama Malaysia Berhad (atau Bank Rakyat)

Dalam tempoh antara tahun 1980-1989, KPMNJ melakukan pelaburan besar di dalam syarikat subsidiarinya, antaranya memiliki pegangan 100% dalam Kayu Utama Sdn Bhd yang secara tidak langsung memiliki Executive Travel & Tours (M) Sdn Bhd. KPMNJ juga memiliki KPMJ Holdings Sdn Bhd yang bergiat sebagai syarikat pegangan saham.

Pelaburan Saham Siar Harga & Tak Siar Harga